On 24 April 2026, Stealth Solutions Sdn Bhd continues to reinforce its role in Malaysia’s digital infrastructure landscape through the successful implementation of the Fibre To The Home (FTTH) initiative at Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT). The recent working visit by Dato’ Ahmad Fahmi bin Datuk Mohamed Fadzil, Minister of Communications, to RMAF Butterworth Air Base underscores the project’s transition from planning to fully operational deployment, delivering real impact to military communities.
Led by the Malaysian Communications and Multimedia Commission in collaboration with Angkatan Tentera Malaysia (ATM), the nationwide initiative covers 73 military camps and more than 59,000 RKAT units. At Pangkalan Udara Butterworth alone, approximately 1,000 residential units are now equipped with fibre-ready connectivity. As the appointed contractor for Part 1, Stealth Solutions has played a critical role in ensuring efficient implementation to deliver high-quality infrastructure. Notably, Stealth Solutions stands among the earliest contractors to complete and hand over its project scope, achieving completion within just 10 months – well ahead of the overall 2-year timeline allocated by MCMC.
During the visit, the Minister expressed satisfaction with the project’s progress and early completion across several locations. “I am satisfied with the implementation across several locations. I understand that, for example, the officers’ housing we visited earlier was completed approximately 14 months ahead of the original schedule, and I expect the Seri Pantai project to be completed about 11 to 12 months ahead as well. This is a positive development.”, said Dato’ Fahmi Fadzil – Source Bernama TV.
The visit featured project briefings, infrastructure inspections, and live demonstrations of internet performance under the Pakej Perajurit initiative, offering firsthand insight into the network’s reliability and readiness. This milestone reflects not only the successful deployment of FTTH infrastructure, but also its growing impact in enhancing digital access, communication, and quality of life for armed forces families.
As the project progresses towards full completion across all locations, Stealth Solutions remains committed to supporting Malaysia’s digital inclusion agenda in line with its vision of “Connecting Malaysia, Empowering Tomorrow.” The company extends its sincere appreciation to the Malaysian Communications and Multimedia Commission and Angkatan Tentera Malaysia (ATM) for their strong collaboration and shared dedication in making this initiative a success.
***
Pada 24 April 2026, Stealth Solutions Sdn. Bhd. terus memperkukuh peranannya dalam landskap infrastruktur digital Malaysia menerusi kejayaan pelaksanaan inisiatif ‘Fibre To The Home’ (FTTH) di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT). Lawatan kerja Dato’ Ahmad Fahmi bin Datuk Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi, ke Pangkalan Udara Butterworth mencerminkan peralihan projek ini daripada fasa perancangan kepada pelaksanaan operasi sepenuhnya, sekali gus memberi impak nyata kepada komuniti ketenteraan.
Inisiatif berskala nasional ini diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), meliputi 73 kem tentera dan lebih daripada 59,000 unit RKAT di seluruh negara. kira-kira 1,000 unit kediaman kini telah dilengkapi dengan sambungan internet sedia ada. Sebagai kontraktor yang dilantik, Stealth Solutions memainkan peranan penting dalam memastikan pelaksanaan yang efisien bagi menyediakan infrastruktur berkualiti tinggi. Malah, Stealth Solutions merupakan antara kontraktor terawal yang berjaya menyiapkan dan menyerahkan skop projeknya dalam tempoh hanya 10 bulan, jauh lebih awal daripada tempoh keseluruhan dua tahun yang ditetapkan oleh MCMC.
Dalam lawatan tersebut, Menteri Komunikasi menyatakan kepuasan terhadap kemajuan pelaksanaan projek yang menunjukkan pencapaian lebih awal di beberapa lokasi. “Saya berpuas hati dengan pelaksanaan untuk beberapa lokasi. Saya difahamkan, contoh bagi rumah pegawai yang kita lawat tadi – ia telah disiapkan lebih kurang 14 bulan lebih awal daripada tarikh asal dan saya jangkakan bagi Seri Pantai dijangka 11 hingga 12 bulan lebih awal dan ini perkara yang positif,” kata Dato’ Fahmi Fadzil – Sumber Bernama TV.
Lawatan tersebut turut merangkumi taklimat projek, pemeriksaan infrastruktur serta demonstrasi prestasi internet di bawah inisiatif Pakej Perajurit. Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan kejayaan pelaksanaan infrastruktur, malah memperlihatkan impaknya dalam mempertingkat akses digital, komunikasi serta kualiti hidup keluarga anggota angkatan tentera.
Seiring dengan kemajuan projek ke arah penyempurnaan penuh di semua lokasi, Stealth Solutions kekal komited dalam menyokong agenda keterangkuman digital negara selaras dengan visinya, “Connecting Malaysia, Empowering Tomorrow.” Syarikat turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas kerjasama erat dan komitmen bersama dalam menjayakan inisiatif ini.