Stealth Solutions Sdn BhD (653711-W)

Visi & Misi

VISI

Dalam usahasama dengan pihak yang terlibat, pihak kami meletakkan harapan yang tinggi untuk menjadi perunding terunggul dalam membantu syarikat telekomunikasi  memperluaskan rangkaiannya ke seluruh pelusuk negeri.

 

Selain daripada itu, Stealth Solutions Sdn. Bhd. Berhasrat untuk menjadi peneraju utama dalam pembinaan menara dwi-fungsi mesra alam. Di samping menawarkan perkhidmatan, syarikat kami berpeluang memperbaiki prestasi syarikat dari semasa ke semasa dalam membentuk organisasi yang produktiviti.

 

MISI

Kerajaan Malaysia menanam hasrat dalam melaksanakan inspirasi  untuk memastikan rangkaian telefon mudah alih negara mencapai 95% penduduk Malaysia.Disebabkan inspirasi tersebut syarikat kami dengan bangganya menyahut cabaran tersebut bagi memastikan segala harapan negara dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi.

 

Syarikat kami akan memastikan pembinaan menara estetik ini akan membawa sesuatu yang memberi faedah kepada masyarakat Malaysia khususnya dari segi liputan mahupun strukturnya yang menjadikan sesuatu kawasan kelihatan lebih menarik dan unik.